Apa
itu Wi-Fi? Wi-Fi semakin popular dan menjadi perkataan yang melekat
pada bibir pengguna IT pada masa kini. Namun tahukah anda apa itu Wi-Fi?
Kali ini anda boleh mengetahui apa itu Wi-Fi secara ringkas.
Wi-Fi
merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini telah
diberikan secara rasmi oleh WECA (Wireless Ethernet Compatibility
Alliance). Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar
pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada
sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan
jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dank ad Wi-Fi yang
diinstal di dalam computer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan
pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
Titik
capaian adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang
bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam
computer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku.
Menerusi
spefikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel
dengan computer tersebut. 802.11 pula merujuk kepada spefikasi teknikal
keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE (Institute of
Electrical and Electronic Engineers). Teknologi Wi-Fi dikatakan
tergolong dalam spefikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data
berlaku dalam kelajuan sehingga 11Mbps di dalam jalur 2.4 GHz. Sementara
itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b di
mana teknologinya lebih pantas. Teknologi 802.11a membenarkan
perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5
GHz. Teknologi ini juga dikenali sebagai Wi-Fi5 atau WECA.
Ethernet
merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp dan ianya
merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN
biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan
dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya ethernet digunakan dalam
rangkaian LAN yang berwayar (menggunakan kabel seperti CAT5 untuk
dihubungkan ke jalurlebar) manakala Wi-Fi pula digunakan dalam rangkaian
Lan tanpa wayar (menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian
seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar).
LAN
adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana
setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan
wayar. WLAN pula adalah merujuk kepada rangkain komputer bagi kawasan
setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa
menggunakan wayar. Konsep WLAN adalah sama dengan LAN misalnya dari
segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran. Bezanya cuma dari segi
medium iaitu WLAN menggunakan gelombang radio manakala LAN menggunakan
kabel untuk mentransmisikan data.
Wi-Fi
Hotspot adalah merujuk kepada satu kawasan khas di mana titik capaian
disediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke internet menerusi
gelombang Wi-Fi. Biasanya, pengguna-pengguna ini menggunakan komputer
jenis mudah alih seperti notebook. Pada masa ini, Wi-Fi boleh didapat di
lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utam seperti StarBucks Coffe dan
tempat-tempat tumpuan umum seperti komples membeli belah dan pusat
rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak 300 kaki dari
lokasi Hotspot tersebut.
Tidak
sama sekali. Sebenarnya kedua-duanya adalah saling melengkapi antara
satu sama lain dan mempunyai sasarannya tersendiri. Teknologi Wi-Fi
digunakan untuk menggantikan sistem rangkaian wayar iaitu LAN yang sedia
ada, biasanya pada komputer desktop dan notebook manakala Bluetooth
pula digunakan dalam lingkungan PAN iaitu Personal Area Network di mana
peranti-peranti khusus digunakan misalnya telefon mudah alih, pengimbas
barkod dan PDA bagi menggantikan peranti yang menggunakan wayar.
Walaupun secara logiknya kedua-dua teknologi ini mungkin akan terganggu
antara satu sama lain disebabkan jalur frekuensinya sama iaitu 2.4 GHz
tetapi pada hakikatnya tidak. Ini berdasarkan penyelidikan yang telah
dilakukan oleh Bluetooth SIG dan IEEE menerusi teknik AFH (Adaptive
Frequency Hopping) yang m
Selain
daripada itu, keupayaan audio juga berbeza diantara kedua-dua teknologi
ini. Sebagai contoh, Ericsson telah membangunkan telefon mudah alih
yang boleh memindahkan audio menerusi teknologi Bluetooth dari telefon
ke headset tanpa menggunakan wayar. Sebaliknya dalam teknologi Wi-Fi,
keupayaan audio adalah menerusi VOIP (Voice Over IP) dimana spesifikasi
dan keperluannya adalah sama sekali berbeza. Ini jelas menunjukkan
kedua-dua teknologi ini mempunyai kelebihan masing-masing, mempunyai
sasaran tersendiri dan yang lebih penting ialah bukannya bersaing antara
satu sama lain. Penggunaan kedua0dua teknologi ini menunjukkan akan
kepentingan sistem pautan tanpa wayar dalam dunia digital masa kini.
Penggunaan
kedua-dua teknologi ini juga boleh dilihat dalam syarikat UPS (United
Parcel Service) di mana pengimbas barkod mengimbas kod dengan
menggunakan teknologi Bluetooth lalu data-data tersebut dihantar ke
titik capaian WLAN yang menggunakan teknologi Wi-Fi untuk dihubungkan ke
cawangan-cawangan lain diseluruh dunia.
Kesimpulannya,
teknologi pautan tanpa wayar ini memberikan banyak kelebihan atau
kebaikan dalam aktiviti seharian kita seperti boleh melayari internet di
mana-mana sahaja seperti di kafe-kafe atau tempat-tempat umum yang
digelar sebagai hotspot. Ini adalah kerana adanya titik capaian untuk
teknologi Wi-Fi disediakan. Teknologi Bluetooth pula memudahkan kita
memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA. Ini sangat
berguna ketika melakukan persembahan sesuatu projek atau laporan
perancangan ketika mesyuarat di mana data-data perlu dikongsi dengan
staf-staf yang lain.
sumber : http://www.islam.gov.my/kenali-teknologi-wi-fi-cahaya-oktober
Tidak ada komentar:
Posting Komentar